Monday, April 29, 2013

Tudung CT Manik Eksklusif : Batch 5



Assalamualaikum dan hai semua yang menyinggah blogshop MERAH cik zira ni. cik zira nak buka jualan untuk Tudung CT Manik Eksklusif yang limited ni. Alhamdulillah setakat batch ke 4 ramai yang suka dengan tudung ct manik ni. 


apa yang istimewa tentang Tudung CT Manik Eksklusif ni ye :



  • material kain jojet yang terletak bila pakai
  • penuh dengan manik di sekeliling tudung bahagian bawah
  • manik yang sarat di sekeliling tudung bahagian atas
  • warna-warna yang mudah nak matching dengan baju
  • sesuai untuk ke majlis atau nak buat nikah dan bertunang pun cantik sangat! walaupun simple tapi nampak mahal
  • saiz yang besar dan labuh boleh adjust sesuai dengan gaya masing-masing
  • boleh dipakai pelbagai gaya ikut kreativiti anda! mix n match pun boleh
  • yang penting HARGA SANGAT BERBALOI


Tudung CT Manik Eksklusif ni susah nak dapat stok. jadi, kalau ada tu terus cik zira amek untuk dijual dekat REDshop ni. kalau pakai tu susah jugak lah nak nampak orang lain pakai sama sebab stok terhad sangat. dah banyak dah cik zira jual dan alhamdulillah yang beli pun suka dan berpuas hati. tak sama tau macam tudung ct lain. nak tahu kena cuba dan jadikan koleksi sendiri k.


gambar bawah ni Tudung CT Manik yang cik zira jual sebelum-sebelum ni dah 4 batch. kalau nak beli yang corak macam kat bawah ni, KLIK SINI k. ada beberapa warna lagi yang tinggal.



warna hijau lumut

warna peach






tapi, Batch 5 ni corak manik dia tak sama macam yang sebelum-sebelum ni. lagi cantik. nak nampak jelas cik zira letak gambar anak sendiri, baby khalisah jadi model pakai Tudung CT Manik Eksklusif warna hitam. corak dia cantik penuh sekeliling tudung bahagian atas.


 tengok corak manik yang penuh dan cantik dekat Tudung CT Manik Eksklusif ni





comel kan khalisah pakai? kalau anda pakai pun cantik sangat!


ok, apa tunggu lagi. jom cuci mata mana yang berkenan di hati.


HARGA TERBAIK : RM 35 sahaja
belian 2 helai ke atas percuma poslaju!!


 ada 25 helai sahaja semua!

 KUNING LEMBUT
KUANTITI : 2 HELAI

 COKLAT SUSU
KUANTITI : 2 HELAI

 COKLAT KEMERAHAN
KUANTITI : 2 HELAI

 HIJAU KEKELABUAN
KUANTITI : 2 HELAI

 COKLAT CANTIK
KUANTITI : 2 HELAI

 COKLAT GELAP
KUANTITI : 1 HELAI

 COKLAT KEEMASAN
KUANTITI : 3 HELAI

 HITAM 
KUANTITI : 2 HELAI

 CREAM
KUANTITI : 1 HELAI

 PUTIH
KUANTITI : 1 HELAI

 HIJAU 
KUANTITI : 1 HELAI

 COKLAT KEKELABUAN
KUANTITI : 1 HELAI

 PINK LEMBUT
KUANTITI : 1 HELAI

 PINK
KUANTITI : 2 HELAI

PEACH
KUANTITI : 2 HELAI


sila abaikan background belakang tu ea. amek gamba kat bilik je. dan sila juga abaikan muka cik zira yang takde nak make up-make up pun. snap je terus. kan nak jual tudung. hehe



nak dapatkan Tudung CT Manik Eksklusif ni? senang je. sms atau watsapp je ke nombor cik zira, 012-7962386 k. cik zira cuba berikan servis yang terbaik. Insya Allah.


boleh dipakai dengan INNER NECK KRISTAL. KLIK SINI ye.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 29 april 2013 9.27 a.m.

Penyewa Baju Arab : Kak Murni



Assalamualaikum semua


hari ni cik zira nak kongsikan dengan semua seorang lagi penyewa baju arab, Kak Murni yang menyewa baju arab set 11 sebab nak bertemakan merah dan hitam. macam gambar bawah ni.






kak murni bagi gambar cik zira tengok memang cantik. dan bila kak murni bagi tahu umur dia cik zira terkejut sangat sebab kak murni nampak muda bila pakai macam ni. kat bawah ni 2 keping gambar yang kak murni kongsikan dengan cik zira untuk ditepek dalam REDshop ni.








terima kasih kak murni ye sudi sewa dan akhirnya dapat juga merasa pakai baju arab cik zira. kalau tak asek tengok je yek. ^___*


baju arab sekarang dah ada 34 set tau sume. dah banyak. banyak pilihan bersama aksesori. siapa yang nak sewa, KLIK SINI k. ramai tau dapat best dress dengan menyewa baju dan aksesori dari cik zira. cubalah!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 29 april 2013 7.58 a.m.

Saturday, March 30, 2013

UPDATE : Baju Arab/Arabian Costumes untuk DISEWA!! ( MAC 2013 )


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk semua.



Alhamdulillah. ada rezeki lebih dengan buat perniagaan sampingan menyewakan Baju Arab ni. jadi, cik zira telah tambahkan lagi 19 pasang baju baru dan aksesori. jadi, semua sekali ada 34 set ye.



Di bawah ini Set Baju Arab yang terdiri daripada BAJU + PINGGANG + SELUAR/SKIRT LABUH. kain baju ni diperbuat daripada chiffon cotton, jadi ianya jarang dan perlu memakai inner dan legging di bahagian dalam ye. SILA SMS SET BERAPA YE semasa nak sewa baju arab ni.




MODEL : NAJWA

 SET 1 - HITAM SKIRT + PINGGANG MERAH


 SET 2 & SET 3 - HITAM SKIRT

 SET 4 & SET 5 - HITAM SELUAR


 SET 6 - MERAH SELUAR DOTDOT


 SET 7 & SET 8 - MERAH SELUAR + BAJU PENDEK


SET 9 
MERAH SELUAR + BAJU SHIRT + PINGGANG BALDU


SET 10 
MERAH SELUAR + BAJU IKAT DEPAN 
+ PINGGANG BALDU


 SET 11- MERAH SKIRT + PINGGANG HITAM


 SET 12 - PINK SELUAR + GOLD BELT


SET 13 - PINK SELUAR + BELT BALDU


 SET 14 - PINK SKIRT + GOLD BELT


SET 15 - PINK SKIRT + BELT HITAM


SET 16 - KUNING SELUAR + BELT BALDU


 SET 17 - KUNING SELUAR


SET 18 - KUNING SKIRT + BELT HITAM


 SET 19 - UNGU
 ( BOLEH DIPAKAI DUA CARA SEPERTI DALAM GAMBAR )


SET 20 - UNGU SELUAR + BAJU SIMPLE


SET 21 - UNGU SELUAR


SET 22 - UNGU SKIRT


SET 23 - UNGU CAIR SKIRT


 SET 24 - OREN SKIRT + GOLD BELT


SET 25 - OREN SKIRT



 SET 26 & 27 - OREN SELUAR


SET 28 - OREN SELUAR + BAJU SIMPLE


SET 29 - BIRU PEKAT + GOLD BELT


SET 30 - BIRU PEKAT SELUAR



SET 31 - BIRU PEKAT SKIRT


SET 32 - BIRU CAIR SELUAR



SET 33 - BIRU CAIR SELUAR 
( SAMA WARNA DENGAN PINGGANG )


SET 34 - PUTIH SKIRT



AKSESORI

di bawah ini pula aksesori yang boleh disewa sekali dengan set baju atau pun disewa berasingan. aksesori ni sume pelengkap gaya arab anda supaya lagi nampak cantik dan menyerlah.







 AKSESORI 1 - LEHER / KEPALA BERLOCENG






 AKSESORI 2 - LEHER / KEPALA BERAMBU




 AKSESORI 3 - JARI

 AKSESORI 4 - LENGAN






 AKSESORI 5 - KEPALA
( WARNA SILVER ADA 1 SAHAJA )




AKSESORI 6 - SKAF KEPALA
( ADA 7 PILIHAN WARNA IKUT WARNA BAJU )


PENARI LELAKI BAJU BIRU BERTARBUSH



CIK ZIRA & FIQA BERTARBUSH

AKSESORI 7 - TARBUSH
( SAIZ 4, 5, 7, 8 )



HARGA SEWA :
  • 1 Set Baju - RM 50.00
  • 1 Aksesori - RM 25.00
  • 1 Set Baju + 1 aksesori - RM 70.00
  • 1 Set Baju + 2 aksesori - RM 90.00
  • 1 Set Baju + 3 aksesori - RM 100.00
  • 1 Set Baju + 4 aksesori - RM 110.00
  • 1 Set Baju + 4 aksesori + Purdah - RM 116.00
  • Purdah tutup muka ikut warna baju pun ada!! kalau sewa purdah sahaja, RM 10. tapi, kalau sekali dengan set baju, RM 6 sahaja.


BAGAIMANA CARA HENDAK MENYEWA ?

  • SMS/HUBUNGI cik zira 012-7962386, sila bagi tahu NAMA, LOKASI dan TARIKH nak guna.
  • jika dah confirm nak sewa, cik zira akan book kan dan masuk nama dalam buku.
  • sila bagi tahu SET yang mana 1 dan aksesori apa.
  • Bayaran hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya sehari sebelum cik zira membuat poslaju.
  • cik zira akan poslaju 4-5 hari sebelum tarikh nak guna. jadi, jangan risau ye. kecuali yang buat tempahan di saat-saat akhir, cik zira akan usahakan jugak poslaju supaya dapat dipakai pada tarikh majlis anda.
  • kalau anda di sekitar JB, boleh datang terus berjumpa dengan cik zita dan nak fitting ke nak amek ke.
  • jika luar kawasan JB, JANGAN RISAU, cik zira gunakan khidmat POSLAJU dan alhamdulillah setakat ni poslaju semua baju dan aksesori selamat. jangan risau tau.
  • KOS POSLAJU ditanggung sendiri oleh penyewa ye. cik zira tolong poslaju. pulangkan semula pun sila POSLAJU sebab takut lepas tu ada orang lain nak sewa sebab cik zira nak basuh dan packing semula baju yang disewa. harap faham.


SOALAN-SOALAN LAZIM YANG DITANYA :

  • pasal poslaju - cik zira dah terangkan dengan jelas di atas tadi
  • pasal saiz, muat tak sebab gemuk sikit, berisi, kurus, kecik comel - jangan risau. baju adalah free size dan bertali juga bergetah pada seluar dan skirt. jadi, tidak menjadi masalah kerana sememangnya baju mengikut saiz si pemakai tak kisahlah anda kecik atau besar.
  • nak sewa baju sahaja atau seluar sahaja - cik zira sewakan 1 set, jadi nak sewakan macam tu cik zira tak buat ye. harap maklum.
  • nak pulangkan kena basuh ke? - tak perlu. pulangkan poslaju sahaja. nanti cik zira sendiri akan basuh dan packing semula untuk penyewa seterusnya sewa.
  • kalau sewa banyak, dapat murah ke? - cik zira tak jual barang, cik zira buat servis menyewa, jadi harga adalah sama je, sama ada sewa sikit atau banyak untuk bagi adil dekat semua. ikutlah kalau cik zira baik hati nak bagi postage murah sikit ke macam mana k.
  • harga poslaju - bergantung kepada berat. selalunya dalam kadar RM 6 - RM 10 untuk 1 Set Baju + aksesori. kos poslaju hantar dan pulang ditanggung oleh penyewa ye.


kalau ada sebarang pertanyaan, sms je cik zira k, 012-7962386alhamdulillah setakat ni, semua baju yang disewa dipulang dengan baik. cuma ada seluar terkoyak tu cik zira dah hantar jahit dan bagi elok semula. 



TERIMA KASIH kepada semua penyewa Baju Arab cik zira. harap semuanya berpuas hati dengan servis cik zira di REDshop ini ye. kepada bakal-bakal penyewa, diharap semua memberikan kerjasama yang baik terutama memulangkan semula mengikut tarikh yang telah diberitahu dan pulangkan dengan keadaan yang baik.



Selamat MENYEWA BAJU ARAB cik zira ni ye. pasti anda nampak menawan dan jelita bagaikan minah arab. dan dah ramai tau dapat Best Dress pakai baju arab cik zira ni. anda tunggu apa lagi? booklah sekarang!



.terima kasih.






~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 mac 2013 11.30 a.m.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...